Wahai RSA
Tuan-tuan sedang berada di alam sebelah sana
Aku berada di alam sebelah sini
Tuan-tuan sedang melihat kami semua
Mencatur sambutan besar-besaran kebangkitan Islam untuk kali kedua
Menggerakkan segala jentera2 dan tentera2 alam semesta memancung musuh-musuh yang telah keletihan bertarung dengan Tuan-tuan sekalian
Musuh nampak semakin menang di alam sebelah sini di dunia sebelah sini
Tapi itu semua tipu daya dari Tuan-tuan juga agar mereka leka dengan kemenangan yang hampir dapat digapai mereka
Tuan-tuanlah ancaman utama mereka
Disaat mereka mahu berpesta menari dan menyanyi di setiap jalanan, maka nama-nama besarmu sering pula keluar didada media membayangi setiap pergerakan licik mereka
Aku dan kami sedang kesedihan
Aku dan kami seakan merangkak diatas salji nan beku lagi sejuk mencucuk ke tulang hitam
Nafas seakan hampir terhenti
Air mata sudah tiada lagi
Melihat tarian dan pesta musuh di dalam negara kami
Harapan hampir tiada
Tapi pesanan mutlak dari Tuan-tuan Yang Mulia melalui Bonda Wasilah Ummu Jah bahawa setiap janji Tuhan itu Maha Benar
Maka itulah yang sentiasa menjadi peneman dikala hati kesepian dan keseorangan
Tuan-tuan Yang Mulia RSA
Khabarkanlah berita gembira dari alam ghaib
Sebagai pembakar nyalaan obor harapan buat kami di alam sebelah sini