Abuya membudayakan bacaan tahlil agar amalan yang biasa dilakukan hanya pada ketika tertentu menjadi amalan rutin dan berdisiplin. Tahlil adalah amalan agama yang sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti masyarakat kita. Biasanya ia dilakukan bila ada kematian atau semasa kenduri arwah. Ia juga sering dilakukan di surau atau masjid. Boleh dibuat dirumah bila ada kenduri arwah.
Begitu juga dengan amalan berzanji iaitu membaca himpunan sirah Nabi serta doa kepada Baginda Rasul. Sering dilakukan ketika majlis khatam Quran, majlis perkahwinan, majlis naik buai dan majlis-majlis tertentu yang lain. Ia juga sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti masyarakat terutama dikalangan kaum ibu.
Abuya menggabungkan kedua-dua tahlil dan berzanji menjadi satu rutin dan disiplin amalan yang dibaca pada setiap malam isnin dan malam jumaat. Ia dilakukan dimana-mana saja dan dibaca oleh sesiapa saja. Tidak perlu tunggu hingga adanya upacara tertentu baru nak baca tahlil dan berzanji. Barulah itu dinamakan amalan agama yang menjadi pakaian seharian. Tahlil dan berzanji sebenarnya amat baik dilakukan sebagai satu cara berdoa seperti juga seperti membaca Al Ma'thurat. Berzanji pula adalah mengulang-ulang pembacaan dan penghayatan sirah Junjungan Besar Nabi yang mulia agar kita sering teringat akan susah payah dan pengorbanan Nabi sedari kecil untuk mengembangkan ajaran Islam.
Benarlah Abuya itu seorang mujaddid kerana Abuya mempertingkatkan pengamalan agama, membaca cara yang lebih berkesan dalam memahami dan mempraktik amalan agama didalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment