Assalamualaikum kepada RSA serta penghuni alam roh yang sedang bertungkus-lumus, berjuang, berjihad serta berperang dengan musuh-musuh zahir dan batin yang tidak pernah tidur mahu menggagalkan kebangkitan Islam di akhir zaman untuk kali kedua.
Wahai RSA yang mulia, terima kasih kerana membawa Bonda Ummah merangkap Doktor Roh kami pulang ke kampung halaman. Seluruh jiwa raga fizikal pemikiran minda kami sudah hampir luluh kepenatan berperang dan diperangi secara psikologi setiap hari dengan pelbagai kerenah dunia akhir zaman.
Kami hampir berputus asa tidak tahu mahu mengadu kepada siapa. Tapi sesungguhnya Tuhan itu Maha Mendengar rintihan hati hamba-hamba hina dina ini lalu mengutuskan RSA untuk mencetus asbab bagi kepulangan Bonda Ummah kesayangan kami itu.
Kami bukanlah sesiapa kepada Bonda Ummah, malahan kami ini tidak pernah kenal apatah lagi berjumpa dengan Bonda yang mulia. Namun aura ketaqwaan serta cerita-cerita perjuangan mengenai Bonda Ummah menjadi penawar buat jiwa kami yang telah lama merintih memohon agar dititipkan seseorang yang boleh kami jadikan panduan serta tauladan dalam kehidupan seharian.
Semoga Bonda Ummah diberi kekuatan dan bertambah lagi ketaqwaan yang melimpah ruah agar berkatnnya itu dapat membanjiri bumi ini yang sedang ketandusan iman dan kasih-sayang.
No comments:
Post a Comment