Aku bukanlah sesiapa. Malu sebenarnya nak guna nick name anak abuya. Tapi aku rasa itulah yang paling sesuai. Dan aku bukanlah saudara-mara atau ada kaitan kekeluargaan dengan abuya. Jauh sekali aku menjadi ahli jemaah abuya. Aku hanyalah rakyat biasa negara Malaysia. Cuma dalam perjalanan hidup, aku pernah bergaul dengan ahli-ahli jemaah abuya. Aku rasa selamat dan selesa dengan mereka. Ia seumpama adik-beradik sendiri berlainan ibu dan berlainan bapa. Tapi abuya dan isteri-isterinya sudi menjadi abuya, ummu, ummi dan walidah kepada sekian banyaknya ahli jemaah mereka.
Bila jemaah abuya dibubarkan pada akhir 1990an, aku terasa tempiasnya sekali walaupun aku bukanlah sesiapa kepada mereka. Bila abuya diISAkan dan tidak lagi bergerak aktif di tengah masyarakat, aku terasa sungguh kehilangan. Dunia aku rasa sudah tidak lagi berseri dengan aktiviti-aktiviti dari jemaah yang sangat sayang kepada masyarakatnya. Aku terasa sungguh keseorangan sebab abuya dan pengikutnya adalah orang yang sangat terbuka fikiran mereka. Jika ada apa-apa isu dan persoalan, amat mudah untuk bertanya pendapat mereka kerana mereka tidak prejudis. Engkau datanglah walau dengan jenis pakaian apa sekalipun , atau jenis pemikiran yang bagaimanapun, orang-orang abuya tidak akan judge dari penampilan luaran. Abuya ialah orang yang sangat suka berjumpa dan bertemu dengan orang ramai kerana abuya ada misi tersendiri iaitu memperkenalkan Rasul dan Tuhan kepada mereka.
Abuya dalam ISA bermaksud akan berkurangan ilmu-ilmu islam yang dapat diterima oleh masyarakat kerana minda abuya itu sangat advance.
Jadi bila abuya muncul kembali walau dengan nama lain, aku adalah orang yang sangat gembira kerana kita tahu abuya itu aktif dalam bermasyarakat. Maka minda-minda terkini dapat juga kita perolehi dari abuya kerana ia menjawab banyak isu-isu negara dan dunia yang tak terjangkau oleh pemikiran biasa.
Dan bila abuya meninggal dunia, sekali lagi aku jadi resah, walau dia bukan abuya kandungku, tapi perasaan tentang perjalanan perjuangan akhir zaman bermain-main di dalam hati. Rupa-rupanya apa yang telah terjadi kepada Saidi, maka ia terjadi semula kepada abuya. Bertuahnya kerana dapat melihat keajaiban itu terjadi. Dan abuya pergi ke alam roh dengan penuh persediaan. Bonda Ummu Jah dipersiapkan bukan saja untuk jemaah abuya tapi juga untuk rakyat Malaysia dan juga dunia kerana ditangan Bonda Ummu ada wasilah untuk abuya bergerak ke Harramain dan Kota Mekah.
Begitu sekali perjalanan perjuangan abuya. Dan aku tahu selepas ini aku akan melihat keajaiban itu sekali lagi bila abuya zahir kembali untuk bertemu semula dengan masyarakat yang sangat menantikan seorang pemimpin yang boleh dipercayai dan diikuti.
No comments:
Post a Comment