Friday, 3 May 2013

Pelayan Agama

Abuya memperkenalkan istilah Pelayan Agama. Orang yang sanggup bersusah-payah meladeni ummah hanya semata-mata kerana Allah dan Rasul untuk membawa manusia kembali kepada Allah dan Rasul.

Sebagaimana seorang pelayan di restoran, pelanggan terdiri daripada pelbagai watak manusia dan ingin memesan makanan dan minuman mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Pelayan restoran perlu sentiasa bermuka manis, bertutur-kata yang baik dan sopan-santun, sanggup mendengar omelan pelanggan sama ada pujian atau pendapat yang negatif, perlu prihatin dan siap-siaga dengan pesanan pelanggan dan banyak lagi tugas supaya pelanggan berpuas-hati bukan saja dengan sajian makanan dan minuman, juga dengan layanan yang diberikan supaya harga yang dibayar berpatutan dengan pekhidmatan yang diterima.

Jadi apakah bidang tugas pelayan agama? Melihat rakan-rakan yang kadang-kala resah gelisah, marah, susah hati dan bermacam-macam seribu satu hal dalam diri manusia, tak mampu rasanya nak menghadapi mereka, amat kasihan dengan mereka tapi tak tahu nak buat macamana, ilmu pun tak ada, diri sendiri serba kekurangan. Yang boleh dilakukan hanyalah mendengar keluhan dan rintihan mereka serta berdoa untuk mereka.

Alangkah bagusnya jika ada orang-orang yang tiada langsung sebarang kepentingan sama ada dari segi politik, wang, kuasa, pangkat dan apa-apa saja yang kita boleh temui dan bersembang-sembang tentang apa-apa saja isu dan disamping itu boleh juga mendapat panduan-panduan praktikal dalam ilmu ketuhanan dan kerohanian.

Boleh jumpa tapi kurang dipercayai, ataupun bomoh perubatan yang sering menasihatkan untuk membuang saka penyakit, atau dengar ceramah di surau tapi masih ada bau-bau politik, atau jumpa kaunselor tapi kena bayaran yang tinggi atau jumpa ustaz tapi ustaz pun sebuk pergi ceramah sana-sini.atau terikat dengan waktu rasmi pejabat

Dimana pelayan-pelayan agama yang jujur dan ikhlas? Jiwa-jiwa manusia sedang sakit, kekosongan, kehausan, kelaparan. Betul kata Abuya, Malaysia ini seumpana sebuah hospital dengan banyaknya pesakit jiwa, pesakit mental, pesakit roh, pesakit misteri, pesakit kerasukan, pesakit saka keturunan perjanjian dengan syaitan dan jin, pesakit dalaman, pesakit hati nurani dan banyak lagi pesakit yang tak diketahui punca asalnya.

Jawatan Pelayan Agama atau Jururawat Roh dan juga Doktor Roh amat kurang atau hampir tiada di dalam hospital bernama Malaysia. Abuya adalah Pakar Roh yang melahirkan graduan-graduan dalam bidang roh yang boleh berperanan merawati penyakit roh di hospital ini.

No comments:

Post a Comment