Sunday, 26 May 2013

Demokrasi sudah mati

salam sejahtera  wahai RSA yang mulia
salam sejahtera wahai Bonda Wasilah Ummu Jah yang mulia

di bulan mei 2013, demokrasi sudah mati
lalu apakah yang akan berlaku selepas ini??

khabarkanlah kepadaku berita dari alam ghaib

tidak lama lagi ramadhan menjelma
adakah israel itu akan mengamuk semula di tanah palestin??
suka sangat mereka berperang di bulan ramadhan

wahai RSA
wahai Bonda Wasilah
mohon berilah panduan

aku menangis kesayuan..sendirian
hanya berita dari alam ghaib darimu sahaja dapat mereda kegusaran hati ini


Saturday, 18 May 2013

Pesanan Abuya oleh Singa Abuya


Pesanan Abuya kepada GISB melalui Pokcik Singa Abuya

ADAKAH ABUYA SUDAH BERPESAN KEPADA UMMU JAH?

"Abuya telah membina ketaatan kepada agama berdasarkan kepada usaha mendidik dengan menerapkan tiga prinsip perjuangan iaitu iman, persaudaraan dan kefahaman yang sistematik. Membentuk satu jemaah melalui pembangunan fizikal dan rohaniah bertunjangkan iman dan ukhuwan yang penuh kasih sayang. Abuya memberitahu bahawa beliau menegakkan cara hidup Islam menerusi kaedah pembangunan fardhu ain dan fardhu kifayah, hingga kesyumulan Islam itu muncul terserlah dalam setiap bidang kehidupan manusia." 'Akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada kecuali mereka yang menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia'.

"Abuya berusaha membawa dan membimbing manusia kepada fitrah kewujudan sebagai hamba Allah. Abuya berusaha menerapkan ilmu ketaqwaan, fardhu kifayah bagi merealisasikan perintah Allah. Kata Abuya, sememangnya jemaah ini akan terus dicemburui, tetapi itu semua adalah ujian kerana demikianlah ketetapan Allah yang akan menguji iman hambanya sebelum diberikan hadiah paling berharga iaitu syurga."

"Perjuangan mencari keredaan Allah ini adalah suci dan murni".

Thursday, 16 May 2013

Salam Sejahtera Warga Roh

Assalamualaikum kepada RSA serta penghuni alam roh yang sedang bertungkus-lumus, berjuang, berjihad serta berperang dengan musuh-musuh zahir dan batin yang tidak pernah tidur mahu menggagalkan kebangkitan Islam di akhir zaman untuk kali kedua.

Wahai RSA yang mulia, terima kasih kerana membawa Bonda Ummah merangkap Doktor Roh kami pulang ke kampung halaman. Seluruh jiwa raga fizikal pemikiran minda kami sudah hampir luluh kepenatan berperang dan diperangi secara psikologi setiap hari dengan pelbagai kerenah dunia akhir zaman.

Kami hampir berputus asa tidak tahu mahu mengadu kepada siapa. Tapi sesungguhnya Tuhan itu Maha Mendengar rintihan hati hamba-hamba hina dina ini lalu mengutuskan RSA untuk mencetus asbab bagi kepulangan Bonda Ummah kesayangan kami itu.

Kami bukanlah sesiapa kepada Bonda Ummah, malahan kami ini tidak pernah kenal apatah lagi berjumpa dengan Bonda yang mulia. Namun aura ketaqwaan serta cerita-cerita perjuangan mengenai Bonda Ummah menjadi penawar buat jiwa kami yang telah lama merintih memohon agar dititipkan seseorang yang boleh kami jadikan panduan serta tauladan dalam kehidupan seharian.

Semoga Bonda Ummah diberi kekuatan dan bertambah lagi ketaqwaan yang melimpah ruah agar berkatnnya itu dapat membanjiri bumi ini yang sedang ketandusan iman dan kasih-sayang.

Monday, 13 May 2013

Terima Kasih Tuhan, Terima Kasih RSA, Terima Kasih Bonda

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Anak kecil main api
Kini Bondamu sudah pulang
Usah kau menangis teresak-esak lagi
Tidak perlu kau bermain api lagi
Bonda sudah ada di halaman rumah rindu menatap anak kecil yang ditinggalkan sejak sekian lama
Sudah besar agaknya anak ku itu?
Mari sayang, kini Bonda sudah pulang ke pangkuan mu

Anak kecil terbakar hatinya yang sepi
Sepi sunyi sekian lama kerna seolah hidup bersendiriann walau ditengah ramai
Manusia sudah terlalu nafsu nafsi
Anak kecil tidak tahu mahu kemana hati dibawa pergi
Ayuh anak kecil
Bonda pulang bersama kasih sayang seluas alam
Bersama adik-beradik dan saudara-mara yang mahu berjumpa denganmu sayang
Mari ke mari Bonda perkenalkan mereka kepadamu
Agar dapat mengubat hati nan rindu

Anak kecil menangis air mata darah bercampur keringat
Sudah kering air mata jernih
Darah pula turut simpati hingga sanggup berkorban diri
Keringat peluh membasahi bumi
Anak kecil usaha sendiri di tanah sendiri
Jatuh bangun tiada siapa peduli
Wahai  anak kecil
Doa Bonda itu sentiasa dihati setiap hari untukmu sayang
Dari kejauhan Bonda sering perhati dan hargai setiap titik peluh mu yang jatuh kebumi
Agar engkau bisa mengerti sebuah pengorbanan, susah dan payah
Agar terwujud sifat belas kasihan dan simpati terhadap orang yang lebih kekurangan bila engkau sudah berjaya dikemudian hari
Air mata, darah dan keringat itu sebagai bukti engkau berjasa kepada bumi
Bonda bangga dengan mu sayang

Anak kecil menangis mengenang bumi ini sudah menjadi milik orang
Kemana pergi harus mengemis secebis simpati manusia
Laksana diri ini tiada guna
Wahai anakku sayang
Bonda berpesan kepadamu
Bumi ini warisan orang bertaqwa
Carilah taqwa, pakailah taqwa, genggam erat dicelah gerahammu itu
Tuhan itu penolong orang-orang yang bertaqwa
Mari bersama Bonda
Kita bina semula mahligai indah ditanah air sendiri
Agar segala manusia dan makhluk dapat manfaatnya
Agar kita semua selamat didunia dan di akhirat sana

Anak kecil tidak lagi bermain api
Kini wajahnya ceria gembira
Jiwa penuh dengan kasih sayang dari Bonda
Bonda yang membawa hati-hati manusia kepada Tuhan dan RasulNya

Anak kecil tidak lagi kesepian
Hidup ceria dalam alam perjuangan
Air mata kegembiraan menerima Bonda pulang
Air mata keinsafan akan kebesaran Tuhan
Air mata taubat agar diterima Tuhan
Bumi ini perlukan orang-orang yang berjuang menegakkan kasih sayang sesama insan
Bersama Bonda membina masyarakat yang adil saksama dan gemilang
Sementara menunggu Abuya yang akan menyusul pulang
Sementara menunggu Saidi yang akan zahir kemudian



Friday, 3 May 2013

Tahlil & Berzanji

Abuya membudayakan bacaan tahlil agar amalan yang biasa dilakukan hanya pada ketika tertentu menjadi amalan rutin dan berdisiplin. Tahlil adalah amalan agama yang sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti masyarakat kita. Biasanya ia dilakukan bila ada kematian atau semasa kenduri arwah. Ia juga sering dilakukan di surau atau masjid. Boleh dibuat dirumah bila ada kenduri arwah.

Begitu juga dengan amalan berzanji iaitu membaca himpunan sirah Nabi serta doa kepada Baginda Rasul. Sering dilakukan ketika majlis khatam Quran, majlis perkahwinan, majlis naik buai dan majlis-majlis tertentu yang lain. Ia juga sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti masyarakat terutama dikalangan kaum ibu.

Abuya menggabungkan kedua-dua tahlil dan berzanji menjadi satu rutin dan disiplin amalan yang dibaca pada setiap malam isnin dan malam jumaat. Ia dilakukan dimana-mana saja dan dibaca oleh sesiapa saja. Tidak perlu tunggu hingga adanya upacara tertentu baru nak baca tahlil dan berzanji. Barulah itu dinamakan amalan agama yang menjadi pakaian seharian. Tahlil dan berzanji sebenarnya amat baik dilakukan sebagai satu cara berdoa seperti juga seperti membaca Al Ma'thurat. Berzanji pula adalah mengulang-ulang pembacaan dan penghayatan sirah Junjungan Besar Nabi yang mulia agar kita sering teringat akan susah payah dan pengorbanan Nabi sedari kecil untuk mengembangkan ajaran Islam.

Benarlah Abuya itu seorang mujaddid kerana Abuya mempertingkatkan pengamalan agama, membaca cara yang lebih berkesan dalam memahami dan mempraktik amalan agama didalam masyarakat.

Pelayan Agama

Abuya memperkenalkan istilah Pelayan Agama. Orang yang sanggup bersusah-payah meladeni ummah hanya semata-mata kerana Allah dan Rasul untuk membawa manusia kembali kepada Allah dan Rasul.

Sebagaimana seorang pelayan di restoran, pelanggan terdiri daripada pelbagai watak manusia dan ingin memesan makanan dan minuman mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Pelayan restoran perlu sentiasa bermuka manis, bertutur-kata yang baik dan sopan-santun, sanggup mendengar omelan pelanggan sama ada pujian atau pendapat yang negatif, perlu prihatin dan siap-siaga dengan pesanan pelanggan dan banyak lagi tugas supaya pelanggan berpuas-hati bukan saja dengan sajian makanan dan minuman, juga dengan layanan yang diberikan supaya harga yang dibayar berpatutan dengan pekhidmatan yang diterima.

Jadi apakah bidang tugas pelayan agama? Melihat rakan-rakan yang kadang-kala resah gelisah, marah, susah hati dan bermacam-macam seribu satu hal dalam diri manusia, tak mampu rasanya nak menghadapi mereka, amat kasihan dengan mereka tapi tak tahu nak buat macamana, ilmu pun tak ada, diri sendiri serba kekurangan. Yang boleh dilakukan hanyalah mendengar keluhan dan rintihan mereka serta berdoa untuk mereka.

Alangkah bagusnya jika ada orang-orang yang tiada langsung sebarang kepentingan sama ada dari segi politik, wang, kuasa, pangkat dan apa-apa saja yang kita boleh temui dan bersembang-sembang tentang apa-apa saja isu dan disamping itu boleh juga mendapat panduan-panduan praktikal dalam ilmu ketuhanan dan kerohanian.

Boleh jumpa tapi kurang dipercayai, ataupun bomoh perubatan yang sering menasihatkan untuk membuang saka penyakit, atau dengar ceramah di surau tapi masih ada bau-bau politik, atau jumpa kaunselor tapi kena bayaran yang tinggi atau jumpa ustaz tapi ustaz pun sebuk pergi ceramah sana-sini.atau terikat dengan waktu rasmi pejabat

Dimana pelayan-pelayan agama yang jujur dan ikhlas? Jiwa-jiwa manusia sedang sakit, kekosongan, kehausan, kelaparan. Betul kata Abuya, Malaysia ini seumpana sebuah hospital dengan banyaknya pesakit jiwa, pesakit mental, pesakit roh, pesakit misteri, pesakit kerasukan, pesakit saka keturunan perjanjian dengan syaitan dan jin, pesakit dalaman, pesakit hati nurani dan banyak lagi pesakit yang tak diketahui punca asalnya.

Jawatan Pelayan Agama atau Jururawat Roh dan juga Doktor Roh amat kurang atau hampir tiada di dalam hospital bernama Malaysia. Abuya adalah Pakar Roh yang melahirkan graduan-graduan dalam bidang roh yang boleh berperanan merawati penyakit roh di hospital ini.

Thursday, 2 May 2013

Rasa Hati Bonda Wasilah

Selamat berbahagia wahai Bonda Wasilah,  Bonda Ummah. Terima kasih sudi menjadi ibu kepada kami semua. Bonda Wasilah sungguh tegas kerana sebagai seorang wanita Islam ketegasan menjaga maruah diri dan maruah iman itu sangat penting.

Seorang rakan begitu terkesan dengan luahan rasa hati Bonda sewaktu memberi penjelasan tentang pendirian Bonda berkenaan tarbiah-tarbiah yang Bonda perolehi dari sekolah alam roh. Bonda menerangkan bahawa ada satu perasaan yang Begitu Menguasai Bonda dan ia diyakini bahawa datang dari hubungan hati yang sangat kuat dengan roh Abuya dari alam sana. Perasaan yang sangat menguasai itu mengatakan bahawa abuya kini berada di alam ghaib, perjuangan Islam itu masih berjalan dengan lancarnya dan yang paling penting Islam itu tidak akan kalah-kalah lagi.

Rakan tersebut mendapat kata kunci baru dalam hidupnya iaitu istilah Begitu Menguasai. Mungkin dia berfikiran bahawa itulah istilah yang paling tepat untuk memberi penjelasan tentang isu-isu yang berlegar dalam masyarakat di akhir zaman ini. Contohnya nak menggambarkan bahawa kita berada dalam dunia materialistik maka ayat yang paling sesuai ialah - harta, kuasa ,pangkat dan kekayaan Begitu Menguasai hati-hati manusia sehingga setiap hari hidup begitu sebuk mengejar dunia sehingga lupa tugas-tugas utama sebagai orang islam seperti sembahyang, puasa, berukhuwah dan lain-lain.

Apabila saya bercerita tentang keadaan Bonda Ummu yang sedang berada di Depoh Tahanan Jeddah, pasti dia akan mendoakan agar Bonda Ummu sentiasa dalam keadaan  yang baik dan sihat sejahtera serta segera dapat keluar dari tanahan.

Sesungguhnya dunia amat memerlukan ramai lagi wanita-wanita cekal dan tabah seperti Bonda Ummu kerana ia benar-benar telah memberi inspirasi kepada ramai orang walaupun mereka tidak pernah bersua muka dengan Bonda Ummu.

Agaknya beginilah semangat dan daya juang yang telah dilakukan oleh Bonda Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW, Bonda Aisyah, juga bonda Siti Hajar isteri kepada Nabi Ibrahim AS. Begitu juga Bonda Siti Fatimah, isteri kepada Saidina Ali RA dan Bonda Maryam ibu kepada Nabi Isa AS.

Hanya tahu nama mereka tapi tak pernah terfikir bagaimana sebenarnya susah-payah serta betapa kentalnya jiwa mereka memegang erat Iman dan Islam untuk disebarkan kepada ummah,.

Wednesday, 1 May 2013

Roh Perjuangan Abuya

Aku bukanlah sesiapa. Malu sebenarnya nak guna nick name anak abuya. Tapi aku rasa itulah yang paling sesuai. Dan aku bukanlah saudara-mara atau ada kaitan kekeluargaan dengan abuya. Jauh sekali aku menjadi ahli jemaah abuya. Aku hanyalah rakyat biasa negara Malaysia. Cuma dalam perjalanan hidup, aku pernah bergaul dengan ahli-ahli jemaah abuya. Aku rasa selamat dan selesa dengan mereka. Ia seumpama adik-beradik sendiri berlainan ibu dan berlainan bapa. Tapi abuya dan isteri-isterinya sudi menjadi abuya, ummu, ummi dan walidah kepada sekian banyaknya ahli jemaah mereka.

Bila jemaah abuya dibubarkan pada akhir 1990an, aku terasa tempiasnya sekali walaupun aku bukanlah sesiapa kepada mereka. Bila abuya diISAkan dan tidak lagi bergerak aktif di tengah masyarakat, aku terasa sungguh kehilangan. Dunia aku rasa sudah tidak lagi berseri dengan aktiviti-aktiviti dari jemaah yang sangat sayang kepada masyarakatnya. Aku terasa sungguh keseorangan sebab abuya dan pengikutnya adalah orang  yang sangat terbuka fikiran mereka. Jika ada apa-apa isu dan persoalan, amat mudah untuk bertanya pendapat mereka kerana mereka tidak prejudis. Engkau datanglah walau dengan jenis pakaian apa sekalipun , atau jenis pemikiran yang bagaimanapun, orang-orang abuya tidak akan judge dari penampilan luaran. Abuya ialah orang yang sangat suka berjumpa dan bertemu dengan orang ramai kerana abuya ada misi tersendiri iaitu memperkenalkan Rasul dan Tuhan kepada mereka.

Abuya dalam ISA bermaksud akan berkurangan ilmu-ilmu islam yang dapat diterima oleh masyarakat kerana  minda abuya itu sangat advance.

Jadi bila abuya muncul kembali walau dengan nama lain, aku adalah orang yang sangat gembira kerana kita tahu abuya itu aktif dalam bermasyarakat. Maka minda-minda terkini dapat juga kita perolehi dari abuya kerana ia menjawab banyak isu-isu negara dan dunia yang tak terjangkau oleh pemikiran biasa.

Dan bila abuya meninggal dunia, sekali lagi aku jadi resah, walau dia bukan abuya kandungku, tapi perasaan tentang perjalanan perjuangan akhir zaman bermain-main di dalam hati. Rupa-rupanya apa yang telah terjadi kepada Saidi, maka ia terjadi semula kepada abuya. Bertuahnya kerana dapat melihat keajaiban itu terjadi. Dan abuya pergi ke alam roh dengan penuh persediaan. Bonda Ummu Jah dipersiapkan bukan saja untuk jemaah abuya tapi juga untuk rakyat Malaysia dan juga dunia kerana ditangan Bonda Ummu ada wasilah untuk abuya bergerak ke Harramain dan Kota Mekah.

Begitu sekali perjalanan perjuangan abuya. Dan aku tahu selepas ini aku akan melihat keajaiban itu sekali lagi bila abuya zahir kembali untuk bertemu semula dengan masyarakat yang sangat menantikan seorang pemimpin yang boleh dipercayai dan diikuti.

Jadual Allah

Abuya banyak mengajar istilah-istilah baru dalam bahasa melayu. Istilah merupakan kata-kunci kepada peristiwa-peristiwa dan konsep-konsep penting dalam kehidupan seharian. Istilah yang betul merupakan sebuah jawapan kepada sesuatu permasalahan atau persoalan. Contoh istilah yang sangat berkesan ialah islam itu kebulatan, rasa bersama dan bekerjasama, sufi berteknologi, rasa kehambaan, rasa bertuhan dan banyak lagi.

Malahan istilah taqwa itu juga abuya yang perkenalkan, juga diberi ilmu yang lengkap disamping abuya itu menjadi contoh orang bertaqwa, Jika abuya tidak terangkan, agaknya orang islam ni hanya tahu takua (tauhu) tu saja. Atau bila kita dengar taqwa, tak terfikir apa benda taqwa tu.
Abuya jugalah yang bermati-matian memperkenalkan dan mempopularkan istilah Iman Mahdi, Mujaddid, Mujtahid, Pemimpin Kebenaran, Pemimpin Akhir Zaman, Daulah, Kebangkitan Islam, Islam Akan Menang, Islam Tak Akan Kalah Kalah Lagi dan yang seumpamanya.

Yang paling penting ialah abuya begitu bersungguh-sungguh memperkenalkan istilah Jadual Allah yang banyak memberi penjelasan tentang perjalanan kehidupan manusia dan dunia dari zaman dahulu, zaman sekarang dan zaman akan datang.

Mana nak belajar semua ni jika hanya bergantung kepada pembelajaran formal di sekolah harian biasa. Abuyalah juga yang menggunapakai istilah universiti kehidupan kerana abuya adalah VC (vice cancellor) kepada universiti tersebut dimana ia sentiasa dipantau silibusnya oleh Saidi dan Baginda Rasul. Semua orang boleh masuk universiti kehidupan dibawah pimpinan abuya. Syaratnya ialah hati yang lurus ikhlas datang belajar untuk memperbaiki diri.

Terima kasih abuya.