Sewaktu Abuya membuat keputusan untuk pergi ke alam roh, aku adalah salah seorang yang agak tergamam. Perjuangan belum selesai lagi, tapi Abuya dah hilang. Tapi rupa-rupanya Abuya mempersiapkan seorang Ummu Jah untuk terus menjadi wasilah diantara alam roh dan alam nyata. Walaupun berat tapi Ummu Jah tetap bertahan dan terlalu amat yakin dengan perjuangan suami tercintanya.
Maka satu-persatu hikmah diperlihatkan dan diperjelaskan oleh Bonda Ummu Jah kepada kita semua. Kata-kata Ummu Jah sangat tegas, sekental keyakinan jiwa Abuya terhadap perjuangan Saidi Yang Mulia. Solid bak batu, tak terpecahkan lagi oleh apa-apa halangan pun. Solidnya jiwa Ummu Jah itulah yang menjadi inspirasi kepada orang-orang yang terus mahu tahu akan perkembangan terkini perjuangan Abuya.
Bonda Ummu Jah jangan risau, terlalu ramai manusia-manusia yang berada dibelakang perjuangan Ummu. Walau tidak bersama Ummu Jah, namun doa, harapan, perhatian sentiasa bersama Ummu , melihat perkembangan Ummu Jah dari kejauhan.
Terima kasih Bonda Ummu Jah kerana sudi menjadi Bonda Ummah disaat ramai manusia kehilangan ibu biologi mereka diatas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan.
No comments:
Post a Comment