Pada awal perjuangan Abuya, pakaian muslim - jubah, serban dan purdah terlalu amat ganjil sekali. Orang-orang yang pakai purdah digelar zorro. Begitu juga dengan jubah - kita orang melayu pakai baju melayu - kita bukan orang arab, kenapa nak berjubah. Begitu juga dengan serban sehinggakan orang yang pakai serban kena ban di sekolah mahupun pejabat kerajaan. Budak-budak perempuan yang pakai tudung labuh pasti akan dipanggil oleh pihak sekolah -kena pakai tudung yang biasa - tak tahu kenapa dan tak pasti mereka takut apa dengan jubah, purdah, serbah dan tudung labuh.
Tapi pemandangan itu sudah menjadi kelaziman malahan menjadi sebahagian fesyen masa kini. Artis-artis wanita sudah biasa bertudung litup, berjubah panjang. Ada juga penggerak filem yang membuat filem dengan menonjolkan wanita berniqab/berhijab/berpurdah. Orang dan tak takut dengan itu semua. Pemakaian jubah juga sudah menjadi kebiasaan. Para wanita akan memakai jubah ke pejabat bersempena dengan hari jumaat. Begitu juga serban. Ustaz Don Daniel sangat segak dengan serbannya itu.
Usaha dakwah Abuya itu seumpana air yang mengalir dengan lembut dan perlahan. Nampak tenang tetapi berterusan dan hasilnya adalah suatu perubahan yang menyeluruh tanpa dipaksa-paksa. Itulah keajaiban dakwah Abuya yang bersumberkan dari minda Saidi dan dipantau oleh Nabi Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment