Saturday, 27 April 2013

Kulit Pau

Seorang kawan memberitahu bahawa ada seseorang yang begitu malu dengan abuya dek kerana abuya makan kulit pau yang telah dikupas dan diletakkan ditepi mejanya. Abuya yang melihat itu sebagai satu pembaziran telah mengutip kulit pau itu dan memakannya dengan perlahan-lahan. Dari segi mata kasar, abuya telah makan sisa buangan dari kawan yang telah memakan isi pau yang enak dan sedap itu. Tapi itulah akhlak abuya yang sungguh tawaduk, sangat memikat hati kawan dan lawan. Manalah orang tak jatuh hati bila tuan guru sendiri sanggup makan kulit pau yang sudah tidak dipandang oleh kebanyakan orang kerana ianya keras dan tidak sedap pula.

Memberi pengajaran kepada orang tidak semestinya dengan berceramah panjang apatah lagi marah-marah dan terus menghukum neraka kepada si pembuat salah. Orang buat salah atas pelbagai sebab - jahil, tak mampu nak berubah, malu untuk berubah, malas nak berubah dan macam-macam lagi. Tapi bila ada contoh tauladan di depan mata oleh orang yang disegani dan boleh dipercayai, hati orang akan mudah lembut dan tersentuh. Orang itu boleh saja akan malu sendiri dengan perbuatannya dan mereka akan termotivasi untuk berubah kerana perubahan itu ada sokongan padu dari orang yang dipercayai tadi. Orang itu cakap serupa bikin dan bukan hanya nak kutuk dan tahu memperlekeh saja. Manusia ni hati mereka sebenarnya taklah keras macam batu sangat, yang jadi masalah bila belum apa-apa dah kena marah dan kena kutuk kaw-kaw, Itu yang membuatkan orang jadi kecik hatim, sakit hati dan keras hati untuk berubah. Abuya tahu cara-cara macamana nak pikat hati manusia untuk berubah menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment