Tuesday, 30 April 2013

Kek Halal

Abuya tanpa disedari telah mempromosikan kek dan bakeri halal kepada rakyat Malaysia terutama pengguna islam. Dulu di zaman 80an nak beli kek kena pergi kedai cina. Mana ada kedai kek melayu. Lepas tu kalau ada pun mereka masih terpaksa menggunakan bahan-bahan mentah yang tak halal seperti gelatin dari khinzir. Abuya seorang yang advance, selalu pergi ke luar negara dan terdedah kepada pelbagai teknologi. Maka abuya boleh dapat sumber bahan makanan halal. Abuya membuka banyak kedai kek diseluruh negara. Ramai orang melayu belajar buat kek, roti, biskut dan makanan barat. Abuya membuka jalan industri makanan halal di Malaysia. Dapatlah kita rasa kek blueberry, black forest yang dulunya hanya dapat dbeli hotel-hotel saja. Sekarang sudah ramai orang melayu membuka kedai kek dan bakeri. Ramai pula suri rumah yang buat bisnes kek dan bakeri dari rumah. Ramai juga chef melayu yang berjaya dan mempromosikan makanan halal keseluruh dunia. Hingga Malaysia menjadi hub makanan halal. Hotel-hotel dan peniaga bukan Islam pun terpaksa mengikut prosedur halal untuk menarik pelanggan orang Islam. Orang Islam sudah peka kepada halal-haram barang makanan dan minuman mereka.
Banyaknya jasa Abuya kepada umat Islam di Malaysia dan di dunia.

No comments:

Post a Comment