Aku bukanlah sesiapa kepada Ummu Jah. Tidak pernah kenal dan tak pernah jumpa. Tapi melihat kemesraan Ummu Jah dengan sesiapa saja yang menziarahinya, aku pun terasa juga aura sifat keibuan Ummu Jah. Aku dapat lihat orang-orang yang jumpa Ummu Jah tu macam jumpa ibu kandung sendiri. Kehadiran Ummu Jah memang tepat pada waktunya. Wanita di zaman ini aku tengok hidup dalam keadaan yang cukup tertekan. Mungkin satu sebabnya ialah bila poligami itu diburukkan dan dimomokan sangat teruk dalam kehidupan wanita.
Manalah wanita tak stress -semua kena buat sendiri - layan suami, anak-anak, jadi isteri, jadi pekerja, jadi menantu dan jadi macam-macam. Pulak tu berkawan ada yang baik dan ada yang tak baik, Lepas tu sentiasa berwaspada takut suami kawin lain. Walhal wanita itu sendiri amat perlukan kawan/kawan-kawan rapat yang lebih rapat dari adik-beradik iaitu madu-madu. Ada cerita-cerita yang mereka mahu kongsi sesama wanita, bagusnya jika mereka ada kawan-kawan seumpama adik-beradik yang open minded yang boleh menolong ringankan beban kehidupan mereka.
Ummu Jah sanggup menerima anak-anak tiri dan juga anak-anak jemaah yang lain seumpama anak-anak beliau sendiri. Mana nak cari seorang wanita cekal yang sanggup berbuat begitu, mungkin ada tapi tak ramai.
Bonda Ummu benar-benar amat diperlukan oleh semua wanita diseluruh dunia sebagai contoh tauladan. Saya sangat sayangkan ibu kandung saya tapi saya pun tak tahu nak tolong dia semaksima mana. Dengan adanya bonda Ummu Jah, bolehlah memberi inspirasi kepada saya agar lebih berusaha untuk memahami dan memahami ibu kandung saya.
Ada kawan pernah bertanya kepada kenapa aku begitu taksub dengan Abuya. Taksub bagi aku ialah aku sayangkan Abuya dan Ummu Jah serta orang-orang mereka kerana Abuya lah sebenarnya yang mengajar aku untuk lebih mengenali, menghargai serta mengasihi ibu bapa kandung aku sendiri. Pelik kan?
No comments:
Post a Comment