Aku malu sebenarnya mahu meletakkan nama sebagai anak Abuya. Aku bukanlah anaknya pun, bukan pula saudara-mara atau apa-apa saja perkaitan yang mungkin dengan Abuya. Tapi aku selesa dengan nama anak Abuya kerana itulah yang paling cocok sekali. Selain aku ini anak secara biologi dan keturunan daripada ibu bapa ku yang amat kukasihi, kepada siapa lagi mahu aku rujuk selain dari Abuya yang mulia. Abuya sudi menerima sesiapa saja yang mahu belajar dan mengubah dirinya kepada kebaikan.
Aku mahu ambil berkat sempena nama sebagai anak Abuya, semoga mendorong aku lebih serius untuk memperbaiki diri. Aku sebenarnya tak boleh mengingati Abuya, sebab nanti aku akan menjadi sebak, tapi dalam arah yang berlawanan, bila aku lupa akan Abuya, aku lupa pula untuk melakukan kebaikan. Oh manusia ajaib Abuya, engkau adalah sebesar-besar anugerah kepada orang-orang di zaman ini.
Aku tak dapat bayangkan jika tidak bertemu orang-orang Abuya, patinya aku menjadi begitu jahil, lemah dan hidup dalam keadaaan out dated. Satu-satunnya harta yang aku ada selain iman ialah keyakinan kepada perjuangan Abuya. Tuhan, selamatkanlah aku.
No comments:
Post a Comment