Tuesday, 23 April 2013

Abuya Guruku

Apakah rezeki Tuhan yang paling bermakna dalam hidupku selain daripada iman & islam, ibu-bapa dan keluarga yang terbaik? Sudah semestinya ialah rezeki diketemukan dengan orang-orang Abuya dizaman remajaku. Ilmu-ilmu dari Abuya menjadikan aku memahami dunia serta isinya dengan lebih baik lagi. Ilmu yang tidak akan aku perolehi dari mana-mana sekolah mahu pun universiti.
Kehilangan Abuya dalam tempoh beberapa kali adalah suatu waktu yang paling derita. Aku kehilangan orang yang boleh aku harap dalam hidupku untuk lebih memahami situasi semasa. Abuya datang dan pergi dalam masyarakat, setiap kali Abuya hilang, aku bersedih dan bila Abuya muncul kembali aku sungguh gembira.
Untuk bertemu dengan Abuya, aku rasa aku tidak layak kerana aku paling tidak sempurna. Dan juga pasti aku akan mengalirkan air mata, sebak dan terharu. Aku lebih senang begini, melihat Abuya dari kejauhan. Aku pun tak pasti sama ada pemikiran aku ni betul atau salah.

Yang pasti aku rindukan Abuya. Aura Abuya memberi kekuatan jiwa kepadaku. Tapi aku sering lupakan Abuya, maka aku sering lalai juga dalam kehidupan duniawi.
Sesungguhnya ilmu-ilmu Abuya membantu aku memahami banyak perkara yang berlaku didunia terutama sejak akhir-akhi ini.

Aku pasti Abuya terus-menerus memberi ilmu melalui Bonda Wasilan Yang Mulia. Terima kasih wahai Bonda Wasilan yang sungguh tabah hati berkorban jiwa raga demi kesejahteraan ummat.

No comments:

Post a Comment