Abuya tanpa disedari telah mempromosikan kek dan bakeri halal kepada rakyat Malaysia terutama pengguna islam. Dulu di zaman 80an nak beli kek kena pergi kedai cina. Mana ada kedai kek melayu. Lepas tu kalau ada pun mereka masih terpaksa menggunakan bahan-bahan mentah yang tak halal seperti gelatin dari khinzir. Abuya seorang yang advance, selalu pergi ke luar negara dan terdedah kepada pelbagai teknologi. Maka abuya boleh dapat sumber bahan makanan halal. Abuya membuka banyak kedai kek diseluruh negara. Ramai orang melayu belajar buat kek, roti, biskut dan makanan barat. Abuya membuka jalan industri makanan halal di Malaysia. Dapatlah kita rasa kek blueberry, black forest yang dulunya hanya dapat dbeli hotel-hotel saja. Sekarang sudah ramai orang melayu membuka kedai kek dan bakeri. Ramai pula suri rumah yang buat bisnes kek dan bakeri dari rumah. Ramai juga chef melayu yang berjaya dan mempromosikan makanan halal keseluruh dunia. Hingga Malaysia menjadi hub makanan halal. Hotel-hotel dan peniaga bukan Islam pun terpaksa mengikut prosedur halal untuk menarik pelanggan orang Islam. Orang Islam sudah peka kepada halal-haram barang makanan dan minuman mereka.
Banyaknya jasa Abuya kepada umat Islam di Malaysia dan di dunia.
Tuesday, 30 April 2013
Bonda Ummu Jah - Selamat Hari Jadi
Kepada Bonda Ummu Jah
Selamat panjang umur kepadamu
Terima kasih kerana sudi berkongsi minda dari alam roh
Memberi penerangan kepada kami yang serba jahil
Bonda Ummu lah rupa-rupanya penulis semua minda Abuya selama ini
Maka Bonda Ummu jugalah minda abuya yang bergerak
Nak baca semua tulisan Abuya pun tak habis-habis
Apatah lagi nak menghadam dan mempraktikalkannya
Faham minda Abuya melalui sajak-sajak dan nasyid-nasyidnya
Sebab lebih senang nak faham, senang nak ingat dan juga ia menghiburkan
Bonda Ummu sedang dinantikan oleh berjuta ibu-ibu di seluruh Malaysia
Juga dinanti oleh berbillion para ibu di seluruh dunia
Kalau ada alam yang lain, bumi yang lain atau penghidupan di planet yang lain
Maka Bonda Ummu juga dinanti oleh ibu-ibu disana
Semua orang sudah kehilangan ibu masing-masing
Para ibu-ibu juga kehilangan ibu mereka masing-masing
Ibu kami keseorangan dalam ramai
Ibu kami kesedihan dalam nampak kegembiraan
Ibu kami kesusahan dalam nampak mereka hidup dalam kesenangan
Ibu kami keletihan dalam nampak mereka sihat walafiat
Kami juga tak mampu hendak memahami ibu kami sendiri
Kami juga tak mampu membahagiakan ibu kami sepenuh hati
Kami juga tak reti nak mengadapi ibu kami dengan cara yang paling baik sekali
Kami sangat sayangkan ibu-ibu kami
Tapi kami serba lemah, serba jahil, serba-serbi kekurangan
Maka dengan melihat riak wajah ketenangan, ketegasan, kekuatan pada mu Bonda Ummu
Telah memberi kami satu motivasi untuk memperbaiki diri
Menyuntik semangat membela, mengasihi ibu-ibu kami dengan sebaik mungkin
Bonda Ummu adalah utusan dari alam roh
Menyampaikan salam kasih sayang dari Abuya, Saidi dan Baginda Rasul kepada semua para ibu di Malaysia, di dunia dan di alam semesta
Bonda Ummu, semoga terus sudilah menjadi ibu ummah kepada kami untuk menumpang kasih-sayang dan prihatin mu
Terima kasih Bonda Ummu Jah

Monday, 29 April 2013
Minda Abuya
Apa khabar abuya yang sedang bejuang dari alam ghaib? Siapakah orang yang selalu mengajak, memberi contoh tauladan memberi penerangan, ilmu, panduan untuk lebih mendekati agama dan yang paling penting sekali ialah memperkenalkan Allah dan Nabi Muhammad dengan cara yang paling lunak dan berhikmah sekali jika bukan abuya. Setelah abuya pergi ke lama lain, abuya titipkan bonda Ummu Jah untuk meneruskan perkongsian minda dan ilmu melalui bonda tercinta.
Minda abuya menjadikan orang buta jadi celik, orang bisu boleh berkata-kata, orang pekak jadi prihatin, orang jumud jadi optimis, orang malas jadi rajin, orang baran jadi penyabar, minda abuya adalah magnet penggerak pembanguna manusia.

Sunday, 28 April 2013
Pakaian Muslim
Pada awal perjuangan Abuya, pakaian muslim - jubah, serban dan purdah terlalu amat ganjil sekali. Orang-orang yang pakai purdah digelar zorro. Begitu juga dengan jubah - kita orang melayu pakai baju melayu - kita bukan orang arab, kenapa nak berjubah. Begitu juga dengan serban sehinggakan orang yang pakai serban kena ban di sekolah mahupun pejabat kerajaan. Budak-budak perempuan yang pakai tudung labuh pasti akan dipanggil oleh pihak sekolah -kena pakai tudung yang biasa - tak tahu kenapa dan tak pasti mereka takut apa dengan jubah, purdah, serbah dan tudung labuh.
Tapi pemandangan itu sudah menjadi kelaziman malahan menjadi sebahagian fesyen masa kini. Artis-artis wanita sudah biasa bertudung litup, berjubah panjang. Ada juga penggerak filem yang membuat filem dengan menonjolkan wanita berniqab/berhijab/berpurdah. Orang dan tak takut dengan itu semua. Pemakaian jubah juga sudah menjadi kebiasaan. Para wanita akan memakai jubah ke pejabat bersempena dengan hari jumaat. Begitu juga serban. Ustaz Don Daniel sangat segak dengan serbannya itu.
Usaha dakwah Abuya itu seumpana air yang mengalir dengan lembut dan perlahan. Nampak tenang tetapi berterusan dan hasilnya adalah suatu perubahan yang menyeluruh tanpa dipaksa-paksa. Itulah keajaiban dakwah Abuya yang bersumberkan dari minda Saidi dan dipantau oleh Nabi Akhir Zaman.

Saturday, 27 April 2013
Kulit Pau
Seorang kawan memberitahu bahawa ada seseorang yang begitu malu dengan abuya dek kerana abuya makan kulit pau yang telah dikupas dan diletakkan ditepi mejanya. Abuya yang melihat itu sebagai satu pembaziran telah mengutip kulit pau itu dan memakannya dengan perlahan-lahan. Dari segi mata kasar, abuya telah makan sisa buangan dari kawan yang telah memakan isi pau yang enak dan sedap itu. Tapi itulah akhlak abuya yang sungguh tawaduk, sangat memikat hati kawan dan lawan. Manalah orang tak jatuh hati bila tuan guru sendiri sanggup makan kulit pau yang sudah tidak dipandang oleh kebanyakan orang kerana ianya keras dan tidak sedap pula.
Memberi pengajaran kepada orang tidak semestinya dengan berceramah panjang apatah lagi marah-marah dan terus menghukum neraka kepada si pembuat salah. Orang buat salah atas pelbagai sebab - jahil, tak mampu nak berubah, malu untuk berubah, malas nak berubah dan macam-macam lagi. Tapi bila ada contoh tauladan di depan mata oleh orang yang disegani dan boleh dipercayai, hati orang akan mudah lembut dan tersentuh. Orang itu boleh saja akan malu sendiri dengan perbuatannya dan mereka akan termotivasi untuk berubah kerana perubahan itu ada sokongan padu dari orang yang dipercayai tadi. Orang itu cakap serupa bikin dan bukan hanya nak kutuk dan tahu memperlekeh saja. Manusia ni hati mereka sebenarnya taklah keras macam batu sangat, yang jadi masalah bila belum apa-apa dah kena marah dan kena kutuk kaw-kaw, Itu yang membuatkan orang jadi kecik hatim, sakit hati dan keras hati untuk berubah. Abuya tahu cara-cara macamana nak pikat hati manusia untuk berubah menjadi lebih baik.

Friday, 26 April 2013
Jasa Abuya
Jasa Abuya itu sangat banyak. Dia adalah gudang ilmu, contoh bergerak akhlak yang baik, dia professional, advance, open-minded, pemikirannya sangat terkehadapan. Aku yang serba jahil ni pun mendapat manfaat yang terlalu banyak tidak ternilai walhasil dari minda Abuya.
Ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh Abuya membantu kita lebih bijak dalam memahami sesuatu persoalan. Ilmunya sentiasa fresh.
Abuya jasanya ialah menjadi penyambung kepada ajaran dan pengamalan Islam yang lebih baik dalam kehidupan kita.
Yang paling penting, Abuya memperkenalkan kita kepada Tuhan dan kekasihnya. Abuya mempelopori perjuangan Islam yang paling sesuai di zamannya.
Abuya mempromosikan kasih sayang dalam kehidupan.
Abuya, segeralah balik ke alam nyata. kami amat perlukan pimpinan darimu.

Thursday, 25 April 2013
Terima Kasih Ummu Jah
Sewaktu Abuya membuat keputusan untuk pergi ke alam roh, aku adalah salah seorang yang agak tergamam. Perjuangan belum selesai lagi, tapi Abuya dah hilang. Tapi rupa-rupanya Abuya mempersiapkan seorang Ummu Jah untuk terus menjadi wasilah diantara alam roh dan alam nyata. Walaupun berat tapi Ummu Jah tetap bertahan dan terlalu amat yakin dengan perjuangan suami tercintanya.
Maka satu-persatu hikmah diperlihatkan dan diperjelaskan oleh Bonda Ummu Jah kepada kita semua. Kata-kata Ummu Jah sangat tegas, sekental keyakinan jiwa Abuya terhadap perjuangan Saidi Yang Mulia. Solid bak batu, tak terpecahkan lagi oleh apa-apa halangan pun. Solidnya jiwa Ummu Jah itulah yang menjadi inspirasi kepada orang-orang yang terus mahu tahu akan perkembangan terkini perjuangan Abuya.
Bonda Ummu Jah jangan risau, terlalu ramai manusia-manusia yang berada dibelakang perjuangan Ummu. Walau tidak bersama Ummu Jah, namun doa, harapan, perhatian sentiasa bersama Ummu , melihat perkembangan Ummu Jah dari kejauhan.
Terima kasih Bonda Ummu Jah kerana sudi menjadi Bonda Ummah disaat ramai manusia kehilangan ibu biologi mereka diatas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bonda Ummu Jah
Aku bukanlah sesiapa kepada Ummu Jah. Tidak pernah kenal dan tak pernah jumpa. Tapi melihat kemesraan Ummu Jah dengan sesiapa saja yang menziarahinya, aku pun terasa juga aura sifat keibuan Ummu Jah. Aku dapat lihat orang-orang yang jumpa Ummu Jah tu macam jumpa ibu kandung sendiri. Kehadiran Ummu Jah memang tepat pada waktunya. Wanita di zaman ini aku tengok hidup dalam keadaan yang cukup tertekan. Mungkin satu sebabnya ialah bila poligami itu diburukkan dan dimomokan sangat teruk dalam kehidupan wanita.
Manalah wanita tak stress -semua kena buat sendiri - layan suami, anak-anak, jadi isteri, jadi pekerja, jadi menantu dan jadi macam-macam. Pulak tu berkawan ada yang baik dan ada yang tak baik, Lepas tu sentiasa berwaspada takut suami kawin lain. Walhal wanita itu sendiri amat perlukan kawan/kawan-kawan rapat yang lebih rapat dari adik-beradik iaitu madu-madu. Ada cerita-cerita yang mereka mahu kongsi sesama wanita, bagusnya jika mereka ada kawan-kawan seumpama adik-beradik yang open minded yang boleh menolong ringankan beban kehidupan mereka.
Ummu Jah sanggup menerima anak-anak tiri dan juga anak-anak jemaah yang lain seumpama anak-anak beliau sendiri. Mana nak cari seorang wanita cekal yang sanggup berbuat begitu, mungkin ada tapi tak ramai.
Bonda Ummu benar-benar amat diperlukan oleh semua wanita diseluruh dunia sebagai contoh tauladan. Saya sangat sayangkan ibu kandung saya tapi saya pun tak tahu nak tolong dia semaksima mana. Dengan adanya bonda Ummu Jah, bolehlah memberi inspirasi kepada saya agar lebih berusaha untuk memahami dan memahami ibu kandung saya.
Ada kawan pernah bertanya kepada kenapa aku begitu taksub dengan Abuya. Taksub bagi aku ialah aku sayangkan Abuya dan Ummu Jah serta orang-orang mereka kerana Abuya lah sebenarnya yang mengajar aku untuk lebih mengenali, menghargai serta mengasihi ibu bapa kandung aku sendiri. Pelik kan?

Tong Taik
Seorang kawan kagum dengan sikap Abuya kerana abuya sanggup menganggap dirinnya sebagai tong taik. Ia adalah satu perumpaan simbolik yang cukup high class dan tiada yang setara dengannya. Kawan aku tu cakap, tong taik ni adalah seorang yang sanggup menelan apa saja yang datang kepada dirinya dengan penuh tawaduk. Peranan tong taik terlalu VVIP - tanpa tong taik yang manusia anggap sangat jijik, kemana manusia nak pergi kalau dah rasa sakit perut dan melabur. Ke tong taik juga ditujunya. Walau nampak jijik, tapi tong taik mempunyai peranan yang terlalu ekslusif - dari hamba sahaya kepada raja penguasa dunia - mereka semua amat memerlukan khidmat tong taik.
Abuya yang sangat mulia memberi simbolik sedemikian kepada dirinya utk melatih rasa hamba kepada Tuhan. Rasa sangat hina, rasa tak mampu berbuat apa-apa, rasa sangat memerlukan bantuan Tuhan. Dan pada masa yang sama, Abuya merasa bertanggungjawab untuk membela umat, memcari formula yang paling sesuai agar lebih ramai lagi manusia kenal Tuhan.
Kawan aku cukup kagum dengan peribadi Abuya dan simbolik tong taik ini menyuntik semangat kedalam dirinya untuk lebih tawaduk kepada Tuhan.

Tuesday, 23 April 2013
Anak Abuya
Aku malu sebenarnya mahu meletakkan nama sebagai anak Abuya. Aku bukanlah anaknya pun, bukan pula saudara-mara atau apa-apa saja perkaitan yang mungkin dengan Abuya. Tapi aku selesa dengan nama anak Abuya kerana itulah yang paling cocok sekali. Selain aku ini anak secara biologi dan keturunan daripada ibu bapa ku yang amat kukasihi, kepada siapa lagi mahu aku rujuk selain dari Abuya yang mulia. Abuya sudi menerima sesiapa saja yang mahu belajar dan mengubah dirinya kepada kebaikan.
Aku mahu ambil berkat sempena nama sebagai anak Abuya, semoga mendorong aku lebih serius untuk memperbaiki diri. Aku sebenarnya tak boleh mengingati Abuya, sebab nanti aku akan menjadi sebak, tapi dalam arah yang berlawanan, bila aku lupa akan Abuya, aku lupa pula untuk melakukan kebaikan. Oh manusia ajaib Abuya, engkau adalah sebesar-besar anugerah kepada orang-orang di zaman ini.
Aku tak dapat bayangkan jika tidak bertemu orang-orang Abuya, patinya aku menjadi begitu jahil, lemah dan hidup dalam keadaaan out dated. Satu-satunnya harta yang aku ada selain iman ialah keyakinan kepada perjuangan Abuya. Tuhan, selamatkanlah aku.

Abuya Guruku
Apakah rezeki Tuhan yang paling bermakna dalam hidupku selain daripada iman & islam, ibu-bapa dan keluarga yang terbaik? Sudah semestinya ialah rezeki diketemukan dengan orang-orang Abuya dizaman remajaku. Ilmu-ilmu dari Abuya menjadikan aku memahami dunia serta isinya dengan lebih baik lagi. Ilmu yang tidak akan aku perolehi dari mana-mana sekolah mahu pun universiti.
Kehilangan Abuya dalam tempoh beberapa kali adalah suatu waktu yang paling derita. Aku kehilangan orang yang boleh aku harap dalam hidupku untuk lebih memahami situasi semasa. Abuya datang dan pergi dalam masyarakat, setiap kali Abuya hilang, aku bersedih dan bila Abuya muncul kembali aku sungguh gembira.
Untuk bertemu dengan Abuya, aku rasa aku tidak layak kerana aku paling tidak sempurna. Dan juga pasti aku akan mengalirkan air mata, sebak dan terharu. Aku lebih senang begini, melihat Abuya dari kejauhan. Aku pun tak pasti sama ada pemikiran aku ni betul atau salah.
Yang pasti aku rindukan Abuya. Aura Abuya memberi kekuatan jiwa kepadaku. Tapi aku sering lupakan Abuya, maka aku sering lalai juga dalam kehidupan duniawi.
Sesungguhnya ilmu-ilmu Abuya membantu aku memahami banyak perkara yang berlaku didunia terutama sejak akhir-akhi ini.
Aku pasti Abuya terus-menerus memberi ilmu melalui Bonda Wasilan Yang Mulia. Terima kasih wahai Bonda Wasilan yang sungguh tabah hati berkorban jiwa raga demi kesejahteraan ummat.

Assalamulaikum wahai RSA Yang Mulia
Izinkan aku mencoretkan rasa hati ku kepada yang dihormati lagi lagi dikasihi Rasulullah SAW, Saidi Syeikh Suhaimi serta Abuya.
Kepada siapa lagi hendak aku mengadu melainkan kepada orang yang paling memahami keadaan di zaman ini, zaman caca-marba.
Hendak kemana lagi mahu ku bawa hatikur yang sudah punah ini jika bukan kepada Tuan-tuan sekalian, Orang-orang Tuhan, Wali-wali besar akhir zaman.
Terima kasih ya Tuhan kerana menganugerahkan dan mengutuskan RSA kepada kami semua.
Semoga lega hati ku ini bila dapat berkata-berkata kepada Tuan-tuan sekalian walaupun hanya lewat blog ini di alam maya
Perteguhkanlah dan luruskan hati ku kepada mereka ya Tuhan

Subscribe to:
Posts (Atom)